Kursus Seni Reka Fesyen

Rekaan fesyen adalah satu bidang seni dan kreativiti yang menggabungkan elemen reka bentuk, pemilihan fabrik, teknik jahitan, serta penghasilan pakaian. Ia bukan sekadar mencipta pakaian, tetapi juga membentuk identiti, budaya, dan gaya hidup masyarakat.

Kemahiran Berharga untuk Masa Depan

Industri fesyen berkembang pesat dan memainkan peranan penting dalam ekonomi global serta kehidupan seharian.

Kenapa Seni Reka Fesyen ?

Memilih Rekaan Fesyen sebagai kerjaya adalah pilihan yang menarik bagi individu yang mempunyai minat dalam kreativiti, seni, dan industri gaya hidup.

Rekaan fesyen membolehkan individu mengekspresikan kreativiti mereka melalui pakaian dan aksesori. Ia adalah satu bentuk seni yang sentiasa berkembang, memberi peluang kepada pereka untuk bereksperimen dengan warna, tekstur, dan gaya.

Fesyen adalah industri bernilai trilion dolar yang memberi impak besar kepada ekonomi global. Pereka fesyen berpeluang untuk mencipta trend yang mempengaruhi gaya hidup dan budaya di seluruh dunia.

Peluang kerjaya adalah luas di dalam bidang fesyen.

Pelajar seni reka fesyen mempunyai pelbagai peluang pekerjaan dalam industri fesyen dan kreatif. Antara kerjaya yang boleh diceburi termasuk:
  • Pereka Fesyen

    Mencipta dan menghasilkan koleksi pakaian serta aksesori.

  • Pereka Tekstil

    Menghasilkan corak dan fabrik unik untuk industri fesyen.

  • Stylist Fesyen

    Menyusun pakaian dan aksesori untuk selebriti, majalah, atau acara.

  • Pereka Kostum

    Mereka pakaian jhas untuk filem, teater atau persembahan.

  • Pengurus Jenama Fesyen

    Mengurus strategi pemasaran dan identiti jenama fesyen.

  • Usahawan Fesyen

    Memulakan jenama sendiri atau perniagaan berkaitan fesyen.

Individu yang cenderung ke bidang ini biasanya memiliki ciri-ciri berikut:
  • Gemar / Pandai Melukis

    Menguasai teknik seperti MIG, TIG, dan kimpalan arka.

  • Pandai mencipta corak

    Berupaya membaca dan faham spesifikasi kerja dan lakaran pelan

  • Suka bereksperimen dengan Warna

    Mengendalikan mesin dan alat dengan betul.

  • Pandai / Minat Menjahit

    Minat menjahit penting dalam seni reka fesyen kerana ia memberi asas kukuh kepada pereka untuk memahami struktur pakaian dan proses pembuatannya. Tanpa kemahiran menjahit, sukar untuk menterjemahkan idea rekaan kepada bentuk fizikal yang boleh dipakai.

Apa Yang Boleh Anda Belajari di Eastern International TVET ?

Daftar sekarang untuk Kursus Seni Reka Fesyen

Bilangan tempat adalah terhad. Sila daftar dengan kadar segera