Kursus Kimpalan

Kimpalan merupakan proses menyambung dua atau lebih bahan logam melalu ipemanasan sehingga mencapai keadaan cecair atau separuh cecair, dan kemudian dibiarkan sejuk untuk menghasilkan penyambungan yang kukuh antara bahan-bahan tersebut. Teknik ini melibatkan penggunaan haba tinggi untuk mencairkan logam, dan kemudian menggunakan bahan tambahan yang disebut elektrod atau kawat kimpalan untuk mengisi ruang antara bahan-bahan yang akan disambung.

Kemahiran Berharga untuk Masa Depan

Adakah anda ingin mempelajari kemahiran yang sangat diperlukan dalam pelbagai industri? Sertai Kursus Latihan Kimpalan dan kuasai teknik yang akan membuka peluang pekerjaan yang luas untuk anda!

Kenapa Kimpalan ?

Kimpalan adalah kemahiran teknikal yang digunakan dalam industri pembinaan, pembuatan, minyak & gas, automotif dan banyak lagi. Mereka yang mahir dalam kimpalan sering mendapat permintaan tinggi dan berpeluang untuk bekerja dalam pelbagai sektor.

Jenis Pekerjaan Yang Terlibat dengan Kemahiran Kimpalan :
  • Juruteknik Kimpalan

    Melaksanakan tugas kimpalan dalam projek pembinaan dan pembuatan.

  • Pakar Kimpalan Industri Minyak & Gas

    Terlibat dalam pemasangan saluran paip dan penyelenggaraaan struktur.

  • Juruteknik Automotif

    Membantu dalam pembaikan dan pembuatan rangka kenderaan

  • Kontraktor Bebas

    Menjalankan perkhidmatan kimpalan secara sendiri dengan pendapatan lumayan.

untuk menjadi seorang juru kimpal professional, seseorang perlu menguasai pelbagai kemahiran teknikal dan praktikal. Berikut adalah beberapa kemahiran utama yang diperlukan :
Kemahiran Teknikal
  • Pemahaman Proses Kimpalan

    Menguasai teknik seperti MIG, TIG, dan kimpalan arka.

  • Membaca Lukisan Teknikal

    Berupaya membaca dan faham spesifikasi kerja dan lakaran pelan

  • Penggunaan Peralatan Kimpalan

    Mengendalikan mesin dan alat dengan betul.

  • Pengetahuan Tentang Logam

    Memahami sifat bahan yang dikimpal.

  • Ketahanan Fizikal

    Berupaya untuk berdiri lama dan bekerja dalam pelbagai posisi.

  • Koordinasi Mata & Tangan

    Mempunyai penglihatan yang jelas dan tepat dalam mengedalikan alat kimpalan.

  • Kekuatan & Ketangkasan

    Mengangkat dan mengedalikan bahan berat.

  • Mematuhi Protokol Keselamatan

    Berpengetahuan dalam perlindungan diri dan berupaya membaca symbol-symbol yang penting.

  • Pengurusan Risiko

    Mengenali bahaya seperti percikan api dan gas berbahaya.

  • Penyelesaian Masalah

    Berupaya menganalisis dan membaiki kecacatan kimpalan.

  • Kemahiran Dokumentasi

    Menyediakan laporan kerja dan rekod pemeriksaan.

  • Kerjasama dan Komunikasi

    Berinteraksi dengan pasukan dan pelangan. Kemahiran ini bukan sahaja membantu seseorang menjadi juru kimpal yang cekap tetapi juga meningkatkan peluang pekerjaan dalam industri.

Apa Yang Boleh Anda Belajari di Eastern International TVET ?

Daftar sekarang untuk Kursus Kimpalan

Bilangan tempat adalah terhad. Sila daftar dengan kadar segera 

Hubungi Kami :

Waktu Operasi :